Dana Pembangunan Kompleks Baitul Dhiya' Kg. Che Zainal Chemor Perak.
Mahukah anda meraih saham akhirat dan pahala yang berterusan hanya dengan berwakaf?

Sejarah penubuhan bermula dengan Maahad
Tahfiz Vokasional Baitul Dhiya' (MATAVBAIDHI)
Melihat keperluan untuk diwujudkan sebuah sekolah yang menitipkan pendidikan hafazan al-Quran dan kemahiran kepada anak-anak di peringkat Menengah bawah. Maka terzahirnya hasrat untuk membina sebuah Maahad Tahfiz ini.
Dibantu oleh rakan-rakan seperjuangan diantaranya En Abdul Hafiz,Ustaz Abdul Latif Hamsin, Ustaz Fariq Izwan, Ustaz Fadzil Abdillah dan ramai lagi. Maahad Tahfiz Vokasional Baitul Dhiya’ (MATAVBAIDHI) adalah sebuah Institusi pendidikan berkonsepkan “swasta rakyat” yang didirikan hasil daripada sumbangan derma dan waqaf masyarakat dari seluruh Malaysia.
Maahad Tahfiz Vokasional Baitul Dhiya’ (MATAVBAIDHI) beroperasi di sebuah banglo yang dibeli dan telah diubaisuai untuk dijadikan sebuah sekolah dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan mengikut ketetapan pihak berkuasa dan terletak di No. 483, Laluan Taman Meru 14, Taman Meru, 30020 Ipoh Perak. Dengan penambahan jumlah pelajar pada tahun kedua pengoperasian dan maahad yang berlokasi di tengah-tengah perumahan, dan cadangan untuk menambah kemahiran-kemahiran bagi anak-anak maahad, telah menjadi titik tolak untuk mendirikan sebuah kompleks pengajian yang lebih selesa.

Namun, melihat kepada permintaan dan sambutan daripada masyarakat yang menginginkan anak-anak mereka mendalami ilmu hafazan, serta hasrat yang mendalam untuk melahirkan para hufaz berkemahiran yang lebih ramai, maka saya zahirkan dengan suatu anjakan paradigma iaitu dengan membina sebuah KOMPLEKS yang serba lengkap dengan prasarana dan kemahiran dan boleh memuatkan lebih kurang 150 orang pelajar dimasa mendatang.

Misi, Visi dan Moto

Sebuah kompleks yang bermula daripada sebuah harapan




Pelan pembangunan



Hanya bermula daripada sekeping tanah




Alhamdulillah daripada sebuah tanah yang kosong, akhirnya telah terdiri tiang-tiang yang bakal menongkat sebuat bangunan buat para hufaz ini. Keseluruhan bangunan kompleks ini dianggarkan menelan belanja sebanyak RM2.8 juta dan sehingga kini kami masih kekurangan sebanyak RM1.6 juta lagi, bagi menyempurnakannya.
Blok A : Menempatkan 6 unit Kediaman Guru dan Dewan

Blok B : Menempatkan Kantin, Asrama, Kelas, Bengkel, Pejabat dan Bilik Khas

AYUH SEMUA, KITA SALURKAN PAHALA YANG MENGALIR INI KEPADA KEDUA IBU BAPA KITA SAMADA MEREKA MASIH HIDUP ATAU SUDAH MENINGGALKAN KITA DENGAN SEDIKIT SUMBANGAN KEPADA PROJEK PEMBANGUNAN KOMPLEKS TAHFIZ INI.
Sadaqah Itu Menghapus Dosa Sepertimana Air Memadamkan Api! Dan amalan yang paling dicintai Allah SWT adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.
Mafhum Hadith :
"Mati seseorang anak Adam tinggallah 3 perkara iaitu Sedekah Jariah, Ilmu yang dimanfaat, Anak soleh yang mendoakan".
(HR : Imam Muslim )
Setiap kali anda memberi sumbangan kepada pembangunan kompleks ini, ia adalah umpama menanam 1 benih kebaikkan untuk dituai di akhirat kelak. Setiap huruf al-Quran yang dibaca oleh anak2 ini nanti, akan mengalirkan pahala ke dalam akaun akhirat anda. InshaaAllah.
Pencarian dana terkini :-
Pada waktu ini kami sedang mencari dana bagi menyiapkan Surau Kompleks Baitul Dhiya' yang bernilai RM 365,000. Surau ini yang akan menjadi syiar utama tertubuhnya sebuah kompleks yang bakal siap nanti. Kini bagi pencarian dana bagi meneruskan pembinaan surau ini masih berbaki RM 220,000 sahaja lagi. Suatu jumlah yang tidak mustahil dicapai dengan bantuan tuan puan yang hartawan dan dermawan.
Diatas tapak surau yang sedang dalam proses pembinaan
.jpg)
Saya mewakili Baitul Dhiya' merayu kepada seluruh Muslimin dan Muslimat agar dapat bersama-sama menyumbang hanya RM10 bagi membina Surau Kompleks Baitul Dhiya' yang boleh memuatkan hampir lebih 200 orang jemaah dalam satu-satu masa.
Kami dari Baitul Dhiya' menerima segala waqafan/Infaq sebanyak mana yg telah diberikan oleh semua para pewaqaf dan penyumbang, semoga Allah Azzawajalla memberkati rezeki serta dikurniakan nikmat kesihatan berpanjangan buat diri dan keluarga, dimudahkan segala hajat di hati serta memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Yang berusaha,
Ustaz Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak
( PU Syed )
Pengasas Bairul Dhiya'
Juara Pencetus Ummah Musim Ke3