Akaun matavbaidhi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Dana Pembangunan dan Pengurusan Kompleks Baitul Dhiya' Kg. Che Zainal Chemor Perak.

Dana Pembangunan dan Pengurusan Kompleks Baitul Dhiya' Kg. Che Zainal Chemor Perak.

Hindari bencana dan musibah serta ikhtiar penyembuhan dari sakit dengan BERSEDEKAH.

Sabda Rasullullah SAW;

"Bersegeralah untuk bersedekah. Kerana musibah dan bencana tidak mampu mendahului sedekah"


Adakah anda atau ahli keluarga anda yang sedang mengalami sakit kronik dan sebagainya?

Keluarkan sedikit daripada wang atau harta kita dan kita bersedekah dengan niat :

"Ya Allah kerana MU ya Allah, aku niatkan sedekah ini untuk kesembuhan fulan bin fulan."

InsyaaAllah, jika Allah terima amalan sedekah kita, Allah akan merawat  pesakit dan penyakit itu.


Sejarah penubuhan bermula dengan Maahad
Tahfiz Vokasional Baitul Dhiya' (MATAVBAIDHI)





Melihat keperluan untuk diwujudkan sebuah sekolah yang menitipkan pendidikan hafazan al-Quran dan kemahiran kepada anak-anak di peringkat Menengah bawah. Maka terzahirnya hasrat untuk membina sebuah Maahad Tahfiz ini.

Dibantu oleh rakan-rakan seperjuangan diantaranya En Abdul Hafiz,Ustaz Abdul Latif Hamsin, Ustaz Fariq Izwan, Ustaz Fadzil Abdillah dan ramai lagi. Maahad Tahfiz Vokasional Baitul Dhiya’ (MATAVBAIDHI) adalah sebuah Institusi pendidikan berkonsepkan “swasta rakyat” yang didirikan hasil daripada sumbangan derma dan waqaf masyarakat dari seluruh Malaysia.

Maahad Tahfiz Vokasional Baitul Dhiya’ (MATAVBAIDHI) beroperasi di sebuah banglo yang dibeli dan telah diubaisuai untuk dijadikan sebuah sekolah dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan mengikut ketetapan pihak berkuasa dan terletak di No. 483, Laluan Taman Meru 14, Taman Meru, 30020 Ipoh Perak. Dengan penambahan jumlah pelajar pada tahun kedua pengoperasian dan maahad yang berlokasi di tengah-tengah perumahan, dan cadangan untuk menambah kemahiran-kemahiran bagi anak-anak maahad, telah menjadi titik tolak untuk mendirikan sebuah kompleks pengajian yang lebih selesa.





Namun, melihat kepada permintaan dan sambutan daripada masyarakat yang menginginkan anak-anak mereka mendalami ilmu hafazan, serta hasrat yang mendalam untuk melahirkan para hufaz berkemahiran yang lebih ramai, maka saya zahirkan dengan suatu anjakan paradigma iaitu dengan membina sebuah Kompleks yang serba lengkap dengan prasarana dan kemahiran dan boleh memuatkan lebih kurang 150 orang pelajar dimasa mendatang.





Sebuah kompleks yang bermula daripada sebuah harapan












Pelan pembangunan














Hanya bermula daripada sekeping tanah















Alhamdulillah daripada sebuah tanah yang kosong, akhirnya telah terdiri tiang-tiang yang bakal menongkat sebuat bangunan buat para hufaz ini. Keseluruhan bangunan kompleks ini dianggarkan menelan belanja sebanyak RM2.8 juta dan sehingga kini kami masih kekurangan sebanyak RM1.6 juta lagi, bagi menyempurnakannya.


Blok A : Menempatkan 6 unit Kediaman Guru dan Dewan




Blok B : Menempatkan Kantin, Asrama, Kelas, Bengkel, Pejabat dan Bilik Khas




AYUH SEMUA, KITA SALURKAN PAHALA YANG MENGALIR INI KEPADA KEDUA IBU BAPA KITA SAMADA MEREKA MASIH HIDUP ATAU SUDAH MENINGGALKAN KITA DENGAN SEDIKIT SUMBANGAN KEPADA PROJEK PEMBANGUNAN KOMPLEKS TAHFIZ INI. 


Sedekah itu menghapus dosa sepertimana air memadamkan api!  Dan amalan yang paling dicintai Allah SWT adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.


Mafhum Hadith :

"Mati seseorang anak Adam tinggallah 3  perkara iaitu Sedekah Jariah, Ilmu yang dimanfaat, Anak soleh yang mendoakan".
(HR : Imam Muslim )

Setiap kali anda memberi sumbangan wakaf dan infaq kepada pembangunan kompleks ini, ia adalah umpama menanam 1 benih kebaikkan untuk dituai di akhirat kelak. Setiap huruf al-Quran yang dibaca oleh anak2 ini nanti, akan mengalirkan pahala ke dalam akaun akhirat anda. InshaaAllah.


Pencarian dana semasa :-

Pada waktu ini kami sedang mencari dana bagi menyiapkan Surau Kompleks Baitul Dhiya' yang bernilai RM 365,000. Surau ini yang akan menjadi syiar utama tertubuhnya sebuah kompleks yang bakal siap nanti. Kini pencarian dana bagi meneruskan pembinaan surau ini masih berbaki  RM 212,000 sahaja lagi. Suatu jumlah yang tidak mustahil dicapai dengan bantuan tuan puan yang hartawan dan dermawan.


Diatas tapak surau yang sedang dalam proses pembinaan




Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam Menyatakan;

‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.” (Hadith riwayat Imam Muslim).

Saya mewakili Baitul Dhiya' merayu kepada seluruh Muslimin dan Muslimat agar dapat bersama-sama menyumbang hanya serendah RM10 bagi membina Surau Kompleks Baitul Dhiya' yang boleh memuatkan hampir lebih 200 orang jemaah dalam satu-satu masa nanti.


Kami dari Baitul Dhiya'  menerima segala wakaf dan infaq sebanyak mana yang telah diberikan oleh semua para pewakaf dan penyumbang, semoga Allah Azzawajalla memberkati rezeki serta dikurniakan nikmat kesihatan berpanjangan buat diri dan keluarga, dimudahkan segala hajat di hati serta memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat..



Yang berusaha,
Ustaz Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak
( PU Syed )
Pengasas Baitul Dhiya'
Juara Pencetus Ummah Musim Ke3


Penafian :

1. Setiap wakafan dan infaq yang disalurkan, pihak Baitu Dhiya' akan membahagikan kepada dua bahagian. 80% daripadanya akan disalurkan untuk Dana Pembangunan Kompleks Baitul Dhiya', manakala 20% daripadanya akan digunakan bagi tujuan Pengurusan dan Pentadbiran Baitul Dhiya' pada masa kini. Pengurusan dan pentadbiran adalah merangkumi (bil-bil utiliti, gaji para guru dan kakitangan Baitul Dhiya' dan kos-kos pengurusan yang lain).
2. Kesemua sumbangan, kos-kos pengurusan dan pentadbiran telah direkodkan oleh pihak Baitul Dhiya' bagi tujuan pengauditan.
3. Para pewakaf dan penyumbang juga boleh merujuk pada bahagian 'Pencarian dana semasa' untuk mengetahui perkembangan semasa bagi kutipan dana.
4. Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi mudir Baitul Dhiya' di nombor seperti yang tertera di bawah.